Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan sebagai kesan genetik atau bukan genetik, pralingual atau poslingual dan bersindromik atau tidak bersindromik.

Antara jenis-jenis masalah pendengaran:

  • Masalah pendengaran konduktif.
  • Masalah pendengaran sensorineural.
  • Masalah pendengaran bercampur (mixed).
Perfect Hearing roadshow hearing test
Masalah pendengaran boleh disebabkan oleh faktor persekitaran, termasuk jangkitan sebelum lahir, trauma akustik atau faktor luar yang memberi kesan kepada koklea, seperti ubat-ubatan ototoksik.

Ia boleh juga disebabkan oleh faktor genetik yang terjadi daripada mutasi dalam gen tunggal (bentuk monogenenik) atau daripada kombinasi mutasi pada gen yang berlainan dan faktor faktor persekitaran (berbilang faktoran).

Masalah pendengaran boleh bermula sebelum perolehan bahasa pertuturan (prelingual) atau selepas perolehan bahasa pertuturan (postlingual).

Kebanyakan bentuk pralingual berlaku sewaktu kelahiran (congenital), tetapi sebahagiannnya bermula seawal peringkat bayi sebelum kebolehan menguasai bahasa.

Dalam kebanyakan kes, masalah pendengaran pralingual adalah jenis teruk tapi stabil. Kira-kira 50 peratus daripada kes hilang pendengaran tersebut disebabkan oleh bentuk monogenik, manakala faktor perinatal dan jangkitan bayi atau trauma meliputi separuh lagi peratusannya.

ANTARA FAKTOR MASALAH PENDENGARAN ADALAH SEPERTI DIBAWAH

Faktor 1
Penyakit
Faktor 2
Kejadian perubatan yang dapat dikaitkan melalui kerosakan pada struktur organ pendengaran dan gangguan kepada perkembangannya.
Faktor 3
Sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah pendengaran.
Faktor 4
Jangkitan kongenital semasa mengandung.
Faktor 5
Berat badan semasa lahir kurang daripada 1.5 kilogram.
Faktor 6
Ventilasi oksigen lebih 10 hari.
Faktor 7
Mengalami asphyxia yang teruk dengan pH arteri kurang daripada 7.5 yang mungkin membawa kepada koma.
Faktor 8
Pengambilan ubatan ototoksik melebihi 5 hari.
Hearing test room

Dapatkan Free Hearing Test

Dari 1 Jun sehingga 1 Ogos kami menjalankan pemeriksaan pendengaran percuma di seluruh cawangan kami.

Call Now