Tahi telinga atau earwax atau cerumen sebenarnya adalah rembesan seperti lilin yang dirembes dari kelenjar serumen telinga yang mempunyai pelbagai fungsi tersendiri untuk salur telinga kita.

Walaupun perkataan tahi itu sendiri membawa maksud yang kurang enak di kalangan masyarakat kita pada hari ini, namun fungsi istimewa dan tugas kecil ini memberi kesan yang besar kepada manusia.

 

Fungsi

  • Tahi telinga/ Earwax adalah bersifat acidic (pH 4-5) yang berfungsi menghalang pembiakan bakteria dan kulat dalam telinga. Ketiadaan earwax disebabkan kekerapan mengorek telinga akan membantu pembiakan kulat dan bakteria pada dinding salur telinga.
  • Earwax juga mengandungi lapisan ‘lipid rich cerumen’ seakan lilin yang bersifat hydrophobic yang mencegah pengumpulan air dari meresap ke salur telinga.
  • Earwax juga membantu menghalang segala kotoran dan bendasing terutamanya serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat daripada memasuki salur telinga.

 

Salur telinga kita mempunyai mekanisme pembersihan tersendiri tanpa memerlukan pembersihan dari luar. Earwax akan keluar dengan sendirinya dan diganti dengan rembesan cerumen yang baru.

Pergerakan keluar tahi telinga ini adalah mengikut pergerakan rahang kita ketika bercakap, makan dan menguap.

Apa jua pembersihan dari luar berpotensi mendatangkan kecederaan dan bahaya kepada telinga daripada kebaikan. Seperti contoh, putik kapas (cotton bud) yang digunakan untuk membersihkan telinga akan menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam lalu terkumpul yang menyebabkan kurang pendengaran.

Jika tidak berhati-hati cebisan putik kapas juga boleh tertinggal dalam salur telinga. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan dan iritasi kepada salur telinga akibat kerap mengorek telinga dan paling bahaya, putik kapas tadi terdedah kepada bahaya

mencederakan gegendang telinga samada tergores ataupun tercucuk sehingga mengoyakkan gegendang telinga. Segala fungsi istimewa earwax tadi hilang dengan kewujudan putik kapas.

 

Tahi telinga hanya boleh dibersihkan sekiranya mengalami masalah kurang pendengaran dan telinga sakit disebabkan tahi telinga tadi melekat dengan gegendang telinga.

Proses pembersihan ini perlu melibatkan mereka yang terlatih dan pakar sahaja dengan alatan khas yang bersih seperti menggunakan mikroskop atau skop untuk melihat ke dalam salur telinga dan gegendang telinga dengan lebih jelas.

Seharusnya proses ini dilakukan di hospital atau klinik-klinik perubatan bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan sekiranya berlaku perkara-perkara yang diluar jangkaan seperti terkoyak gegendang telinga terkoyak.

Sekiranya berlaku kurang pendengaran atau sakit telinga disebabkan tahi telinga yang keras dan banyak, sila rujuk ke doktor untuk diberi ubat titis telinga bagi melembutkan tahi telinga tadi supaya tahi telinga lebih mudah keluar dan  pendengaran menjadi lebih baik.

Jika tidak berkurang, pesakit akan dirujuk ke Dr Telinga, Hidung, Tekak/Ear Nose Throat (ENT) untuk cucian salur telinga dan juga Audiologis untuk ujian pendengaran.

We Hear We Care

Call Now