Perkongsian menarik dari Pensyarah Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan Kulliyah Allied Health Science UIAM Kuantan mengenai alat DIY untuk membersihkan telinga.

Part 1:

Jumpa ini (gambar) di MR DIY – alat untuk keluarkan earwax (tahi telinga) dari salur telinga menggunakan getaran & vakum.

Beli satu unit nak tahu macam mana ia berfungsi dan cuba pada telinga sendiri. Memang tak dicadangkan – tak sesuai. Selain dari ‘sucker’ (term as used in the instruction leaflet) yang keras & sedikit tajam, yang mana jika tersilap boleh sebabkan dinding salur telinga luka atau berdarah, atau lagi teruk tertusuk gegendang, bunyi yang terhasil dari getaran alat ini juga agak tinggi, average 77dB dengan peak 79dB (guna Sound Level Meter – SLM apps from phone).

Walaupun level bunyi bising tu tak capai aras hazardous tapi mungking boleh trigger tinnitus pada merek yang bermasalah telinga berdesing (tinnitus).

Kalau rasa telinga tersumbat, kurang dengar, berdesing jumpa audiologist. Kalau telinga penuh earwax kita cadang guna ubat titis telinga (eardrop) tapi kalau dah tersumbat (impacted wax @ blocked) kita rujuk kpd Doktor ENT (pakar telinga, hidung dan tekak).

Biar doktor lakukan rawatan terbaik samada ‘syringing’, ‘suction’ atau mana yang sesuai mengikut keselesaan doktor dan berdasarkan keperluan kes.

Kesimpulannya tak payahlah cuba pocket size electric ear cleaner ni walaupun handy and nampak cantik dengan kotak kecil cute. Atau mana-mana kaedah keluarkan earwax samada cotton bud atau pencungkil besi kecil atau lain-lain cara sebab lebih banyak mudarat dari kebaikan.

Walaupun namanya tahi telinga tapi dia bukan kotor yg perlu dinyahsucikan. Cukup sekadar bersihkan menggunakan kapas, tisu, atau cotton bud di bahagian luar telinga sahaja. Jika terlebih banyak jumpalah doktor atau yang pakar.

c-ears wax removal tool
c-ears wax removal tool
c-ears wax removal tool
c-ears wax removal tool
c-ears wax removal tool
Part 2:

Saya pernah post topik yang lebih kurang sama tidak berapa lama dulu. Hari ini saya ke MR DIY lagi mencari masking tape. Tengah-tengah cari saya terdengar perbualan 3 beranak yang sedang pilih satu produk yg kata mereka nak cuba untuk anak lelaki yg sakit telinga, berdengung & ada ‘ear wax’ @ cerumen (aka tahi telinga) yang banyak dan keras.

Oleh kerana nature kerja saya berkaitan telinga, saya cuba ‘menyibukkan’ diri, meninjau apa yg mereka sedang tengok.

Tadaaaaa…..confirm, tidak silap tekaan saya mesti produk penjagaan telinga lagi (gambar). Sebaik mungkin saya bagitahu mereka jagan beli alat tersebut kerana tidak sesuai dan boleh cederakan telinga. Bagitau mereka supaya pergi klinik jumpa doktor dapatkan rawatan dan doktor akan bagi ubat dan rawatan yang paling sesuai.

Bukan saya busy body makcik bawang tapi rasa seperti tanggungjawab untuk share info dengan mereka walaupun nampak mereka macam tak happy awal-awal tu (*harap merek tak anggap saya ganggu hak mereka). Minta mereka jika perlu boleh ke klinik audiologi untuk dapatkan surat rujukan kepada doktor telinga hidung tekak (ENT) di hospital besar atau pergi ke mana-mana klinik atau hospital swasta jumpa doktor.

Alat ini tidak sesuai untuk dijual (letak iklan sebagai No. 1 Best Seller) terutama kedai-kedai seperti ini kerana di sinilah tempat orang awam selalu pergi kerana banyak faktor, termasuk harga. Pengusaha kedai, borong semua produk China bawa masuk negara seolah-olah Malaysia dumping site produk sana (tak dinafikan ada barang yang okay tapi banyak yang hmmm – tapi tak mau komen further on this).

Melihat kepada alat ini memberi gambaran bukaan salur telinga yang sebesar hujung jari kelingking dipenuhi earwax hingga ke dalam & perlu didrill. Ini tidak tepat, kerana purata panjang salur telinga (dari cuping ke gegendang) orang dewasa normal cuma 2.5cm (1 in) dengan diameter cuma 0.7cm (0.3 in).

Dan disposable soft tips yang dibekalkan (sebesar duit 5 sen) adalah besar untuk mana-mana salur telinga. Saya tidak nampak kebaikannya di sini.

**********

Saya beli satu set untuk pengajaran di dalam kelas & klinik. Bagitahu pelajar saya supaya mereka terus-terusan sampaikan ilmu yang betul kepada masyarakat di luar sana terutama kalangan mereka yang tidak ada ekses kepada informasi yang betul, pentingnya berjumpa doktor jika ada masih berkaitan telinga untuk rawatan terbaik, atau audiologist, atau haruslah sekurang-kurangnya dapatkan nasihat pharmacist di farmasi untuk maklumat yangg betul mengenai ubat, jangan sembarangan mencuba benda-benda yang boleh memudaratkan.

Kadang-kadang sebab kita dah hari-hari tengok kes, kita take thing for granted tapi sebenarnya masih ramai yang tidak mempunyai ilmu itu. Di situlah peranan dan tanggungjawab kita untuk educate mereka yang memerlukan. Create awareness at all levels, insha Allah, jika tidak banyak sedikit pun memadai untuk tolong mereka.

Noraidah Ismail yang terganggu tengok produk macam ini 
DASLP KAHS IIUM
17.09.18

smart swab ear wax removal tool
smart swab ear wax removal tool
smart swab ear wax removal tool
smart swab ear wax removal tool
Call Now