Pencegahan awal daripada mengalami masalah pendengaran amatlah diperlukan kerana pendengaran merupakan salah satu deria yang penting pada manusia. Antara cara pencegahan awal yang dapat dilaksanakan ialah:
ear-bud

1. Pencegahan daripada jangkitan kuman adalah berdasarkan penjagaan telinga yang baik

Tabiat mengorek telinga adalah tidak digalakkan. Seterusnya, elakkan air memasuki telinga dalam gegendang yang pecah atau pun telinga yang dijangkiti kuman.

Aktiviti berenang di kolam renang awam mendedahkan seseorang kepada jangkitan telinga jadi ia suatu aktiviti yang tidak digalakkan.

pekerja-industri-masalah-pendengaran

2. Pencegahan untuk penyakit sensorineural

Elakkan daripada terdedah kepada bunyi bising seperti mendengar muzik pada tahap bunyi yang tinggi, menembak atau terdedah kepada mesin-mesin yang mengeluarkan bunyi bising. (gunakan alat perlindungan telinga yang betul)

a male wearing headphone at subway

3. Menghentikan bunyi pada kadar yang tinggi daripada merosakkan pendengaran

Berwaspada ketika mendengar lagu menggunakan earphone/headphone jangan memasang lagu pada bunyi had yang maksimum.

Lindungi telinga ketika berada di acara atau aktiviti yang memasang muzik pada tahap yang tinggi.

Mengamalkan langkah berjaga-jaga di mana sahaja anda berada serta menggunakan alat perlindungan pendengaran pada masa yang diperlukan.

Jadi pada anda yang mempunyai saudara atupun kenalan rapat yang mempunyai masalah di atas, lakukan pemeriksaan segera di cawangan kami yang terdekat.

Hearing test room

Dapatkan Free Hearing Test

Dari 1 Jun sehingga 1 Ogos kami menjalankan pemeriksaan pendengaran percuma di seluruh cawangan kami.

Call Now