Masalah pendengaran merupakan satu penyakit yang boleh diubati. Antara caranya ialah berkomunikasi dengan orang sekeliling, mempunyai kesihatan fizikal yang baik, kestabilan emosi serta melakukan senaman setiap hari.
Rawatan-rawatan yang dapat dijalankan mengikut jenis masalah pendengaran adalah berdasarkan masalah di bawah.
1. Rawatan untuk masalah pendengaran konduktif:
Masalah pendengaran konduktif bersifat sementara. Ia disebabkan oleh pembentukan telinga, cecair di telinga tengah atau gegendang berlubang.
Pilihan rawatan masalah pendengaran konduktif melibatkan campur tangan perubatan untuk menangani punca tertentu. Sekiranya rawatan perubatan tidak dapat merawat masalah pendengaran ini,
pihak perubatan pendengaran akan menyelidik cara lain seperti alat bantuan pendengaran.
2. Rawatan untuk masalah pendengaran sensorineural:
Masalah pendengaran sensorineural adalah kekal. Rawatan yang paling banyak digunakan dan berkesan adalah akan bantu pendengaran.
Kehilangan pendengaran sensorineural berasal dari telinga dalam atau saraf pendengaran. Umumnya disebabkan oleh kerosakan sel pada organ pendengaran.
Sensorineural merupakan satu jenis pendengaran yang umum. Hampir semua kes kehilangan pendengaran sensorineural dapat diperbaiki menggunakan alat bantu pendengaran atau implan koklea.
3. Rawatan untuk masalah pendengaran bercampur (mixed):
Masalah pendengaran konduktif dapat diubati dengan rawatan perubatan atau pembedahan, manakala masalah pendengaran sensorineural biasanya dirawat dengan alat bantu pendengaran.
Rawatan itu mungkin merupakan gabungan rawatan medik atau pembedahan dan penggunaan alat bantu pendengaran.
Dalam sesetengah kes, implan atau jenis alat bantu pendengaran diperlukan apabila anda mengalami kehilangan pendengaran yang bercampur-campur.
Jadi pada anda yang mempunyai saudara atupun kenalan rapat yang mempunyai masalah di atas, lakukan pemeriksaan segera di cawangan kami yang terdekat.