Kajian telah menyatakan: Dari 1000 bayi yang lahir, akan ada 6 bayi yang mengalami masalah pendengaran.

Masalah pendengaran tidak akan mengenal umur, jadi sama ada kanak-kanak mahupun mereka yang lebih berumur boleh mengalami masalah pendengaran.

Masalah pendengaran bagi orang dewasa

Antara tanda-tanda awal bagi golongan dewasa yang mengalami masalah pendengaran ialah

  • Meminta untuk perbualan di ulang berkali-kali atas faktor pendengaran kurang jelas.
  • Menonton televisyen atau mendengar radio dengan volume yang tinggi
  • Kesukaran mendengar perbualan melalui telefon

Masalah pendengaran bagi kanak-kanak

Antara tanda-tanda awal bagi kanak-kanak ialah

  • Lewat bercakap dan kerap menggunakan isyarat jika hendak sesuatu
  • Lambat di dalam pelajaran.
  • Susah untuk bertutur dengan jelas.

Bagi masalah pendengaran puncanya akan terbahagi kepada dua iaitu congenital dan acquired.

Congenital ialah masalah pendengaran wujud selepas kelahiran ataupun sejak kelahiran. Antara contoh bagi masalah congenital ialah jangkitan viral ketika ibu mengandung ataupun masalah ketika proses kelahiran pada fetus atau bayi.

Bagi masalah acquired ia berlaku pada bila-bila masa selepas lahir. Contohnya seperti jangkitan kuman, trauma/kemalangan, faktor umur dan kesan sampingan ubat.

Antara faktor risiko bagi masalah pendengaran bayi yang baru lahir

N

Keturunan

N

Kerisauan ibubapa

N

Bantuan Oksigen (Ventalation) melebihi 5 hari

N

Ubat-ubatan (ototoxic)

N

Jaundis

N

Jangkitan kepada ibu mengandung (in-utero infection)

N

Penyakit neurodegeratives

N

Sindrom berkaitan

N

Kecederaan Kepala

N

Meningitis

N

Skor APGAR pada 0-4 (1 minit) atau 0-6 (5 minit)

N

Kecacatan craniofacial

Hearing test room

Dapatkan Free Hearing Test

Dari 1 Jun sehingga 1 Ogos kami menjalankan pemeriksaan pendengaran percuma di seluruh cawangan kami.

Call Now