1. Elakkan alat bantu pendengaran menjadi kotor
Pastikan tangan anda kering dan bersih sebelum menyentuh alat bantu pendengaran.
2. Jaga alat bantu pendengaran anda dari kelembapan air
- Tanggalkan alat dari telinga sebelum mandi, berenang atau bersenam.
- Jangan tinggalkan alat di dalam bilik air yang mana boleh menyebabkan kerosakan berpunca dari air.
- Selalu lap dan keringkan peluh dalam dan sekitar telinga.
- Kelembapan dan pengewapan boleh menyebabkan kerosakan lintar pintas kepada alat bantu pendengaran.
- Simpan alat dalam bekas yang ada silica gel (dehumidifier).Biarkan pintu bateri (battery compartment) terbuka sepanjang malam supaya pengering dalam bekas akan menyerap segala air yang ada pada alat bantu pendengaran. Pastikan bekas sentiasa tertutup.
3. Jaga alat bantu pendengaran dari kepanasan melampau
Jangan sesekali tinggalkan alat di tempat yang sangat panas. Jangan letak di tempat yang terdedah kepada sinaran matahari (dalam rumah atau dalam kereta).
Jangan letak dekat dengan dapur masak atau microwave.
4. Elakkan alat jatuh ke atas permukaan yang keras
Pasang dan tanggalkan alat di atas permukaan yang lembut seperti di atas katil atau sofa.
5. Elakkan terkena semburan rambut atau alat solek ke alat bantu pendengaran
Benda-benda kecil dari semburan rambut atau alat solek boleh menyebabkan bahagian mikrofon alat tersumbat.
Sentiasa tanggalkan alat bantu pendengaran sebelum menggunakan alat penjagaan diri.
6. Simpan alat ditempat yang selamat
Simpan alat di dalam bekas pengering sekiranya tidak digunakan khususnya pada waktu malam. Jika hendak dibawa keluar, letak alat dalam bekas sendiri.
Tanggalkan bateri alat bantu pendengaran jika alat tidak akan digunakan untuk tempoh yang lama.
7. Jauhkan alat dari anak kecil atau haiwan peliharaan
Anjing atau kucing sangat tidak selesa dengan bunyi wisel (feedback) dari alat bantu pendengaran dan sangat tertarik dengan bau tuannya pada alat bantu pendengaran.
Kebiasaannya alat bantu pendengaran akan berakhir dikunyah oleh haiwan peliharaan tersebut.
8. Pastikan alat bantu pendengaran dibaiki oleh mereka yang pakar sahaja
Minyak dan pemusing skru boleh merosakkan alat bantu pendengaran sekiranya tidak diurus dengan betul yang menyebabkan alat bantu pendengaran tidak boleh dibaiki lagi.
saya ingin bertanya boleh ke memakai alat pendengaran sepanjang hari tanpa menangalkan alat tersebut dan pakai ketika tidur?
Hi Cik Ayuni,
Terima kasih kerana meninggalkan komen pertanyaan di page kami.
Sebaik-baiknnya alat bantu pendengaran hendaklah ditanggalkan sekiranya tidak digunakan atau memberikan risiko alat bantu dengar menjadi rosak.
Bateri alat akan cepat berkurang kuasanya kerana dipakai terus 24 jam tanpa henti. Alat juga boleh menjadi rosak sekiranya terkena air apabila mandi.
Hi.
Saya ingin bertanya, perlukah mendapatkan preskripsi daripada doktor sebelum menggunakan hearing aid?