Telinga berair atau nama saintifiknya Otorrhea merupakan keadaan cecair atau bendalir keluar dari telinga.

Kebiasaannya, telinga kita mengeluarkan earwax atau tahi telinga yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita yang berfungsi sebagai penghalang habuk, bakteria, serangga atau bendasing lain dari memasuki lubang telinga.

Walaubagaimanapun, ada keadaan tertentu seperti gegendang telinga berlubang atau koyak akan menyebabkan darah atau cecair lain mengalir keluar dari telinga.

Pengaliran cecair seperti ini memberi petanda bahawa telinga anda sedang mengalami kesakitan atau jangkitan dan memerlukan perhatian segera.

phonak 11.11 promo 2018

Apakah Penyebab Telinga Berair?

 

1. Jangkitan Telinga Tengah (Middle Ear Infection)

Jangkitan Telinga Tengah atau dikenali Otitis Media adalah jangkitan yang paling biasa untuk telinga berair. Bakteria atau virus menyerang telinga tengah lalu menghasilkan bendalir di belakang gengendang telinga.

Jika bendalir terlalu banyak boleh menyebabkan risiko gegendang telinga berlubang yang mengakibatkan telinga berair.

 

2. Trauma

Trauma kepada telinga juga boleh menyebabkan telinga berair contohnya ketika membersihkan telinga menggunakan putik kapas lalu tertolak ke dalam dan mencederakan gegendang telinga.

Peningkatan tekanan udara seperti menaiki kapal terbang dan melakukan _scuba-diving _juga boleh menyebabkan gegendang telinga pecah atau koyak disebabkan trauma kepada telinga.

 

3. Otitis Externa

Otitis Externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear (telinga perenang) berlaku apabila jangkitan bakteria atau kulat di sekitar luar lubang telinga. Jangkitan ini kerap berlaku apabila seseorang berada terlalu lama di dalam air.

Walaubagaimanapun, swimmer’s ear bukanlah hanya berlaku kepada perenang sahaja. Ia boleh berlaku selagi ada kecederaan di kulit lubang telinga yang menyebabkan radang kulit seperti ekzema.

Mana-mana kecederaan kepada lubang telinga sangat mudah untuk terdedah kepada jangkitan.

Segera dapatkan rawatan dari hospital atau klinik pendengaran untuk mengelakkan jangkitan yang lebih teruk.

Call Now