Sakit telinga atau nama saintifiknya otalgia adalah keadaan seseorang mengadu akan kesakitan pada telinga. Otalgia terbahagi kepada 2 bahagian: primer dan sekunder.

Otalgia primer adalah disebabkan masalah yang berkaitan dengan telinga seperti jangkitan telinga yang banyak berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi kurang berlaku di kalangan orang dewasa.

Otalgia sekunder pula adalah kesakitan telinga yang berpunca dari sumber lain dalam badan kita.

Beberapa kemungkinan punca otalgia boleh dibahagikan seperti berikut:

 

1. Sakit telinga disebabkan jangkitan

    • Otitis media (jangkitan telinga tengah)
    • Swimmer’s ear (jangkitan di saluran telinga disebabkan berada terlalu lama dalam air)
    • Sinustisis / resdung
    • Perichondritis (jangkitan kepada tisu kulit telinga)
    • Mastoiditis (jangkitan kepada tulang mastoid yang terletak di belakang telinga)

 

2. Sakit telinga disebabkan pertumbuhan tidak normal

    • Kanser telinga, kelenjar parotid
    • Pertumbuhan tidak normal pada saraf-saraf tertentu

 

3. Musculoskeletal

Temporomandibular joint (TMJ) – sakit telinga yang kerap berlaku kepada orang dewasa

 

4. Lain-lain

  • Sakit kepala /migrain
  • Pengumpulan tahi telinga/earwax
  • Trauma kepada telinga, leher dan rahang

Sekiranya anda mengalami otalgia atau sakit telinga, segera dapatkan rawatan dari hospital atau audiologis supaya masalah ini dapat diatasi samada semudah diberi antibiotik atau ubat tahan tahan sakit atau perlu mejalani rawatan lanjutan seperti pembedahan. Kebanyakan kes otalgia boleh dirawati.

Call Now