white boy wearing headphone

‘Troubleshooting’ Alat Bantu Pendengaran

Jika alat bantu pendengaran anda tidak berfungsi secara tiba-tiba, jangan gelabah!

Beberapa langkah mudah boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut sekiranya alat bantu pendengaran anda tidak berfungsi.

 

1. Bunyi Perlahan

Kemungkinan dan penyelesaian:

  1. Kuasa Bateri kurang. → Tukar bateri baru
  2. Bahagian ‘receiver’ tertutup dengan tahi telinga. → Bersihkan dengan alat yang disediakan oleh Audiologis anda. Tukar penapis cerumen yang baru. Jika anda memakai alat bantu pendengaran dengan acuan telinga(earmold) dan sesalur (tubing) pastikan tiada tahi telinga tersumbat atau keretakan pada acuan telinga tersebut.
  3. microfon tersumbat. → Hubungi audiologis anda.
  4. ‘Volume control’ rendah. → kuatkan ‘volume control’ sehingga boleh dengar dengan jelas.
  5. Tertukar atau tertekan butang program lain. → Tekan butang program yang lain.
  6. Tahap pendengaran anda berubah. → Jika sudah lama sejak ujian pendengaran anda yang lalu, disarankan untuk melakukan ujian pendengaran yang terkini supaya alat bantu pendengaran anda boleh disesuaikan dengan tahap pendengaran yang terbaru.

2. Alat Berbunyi Wisel Semasa Dalam Telinga

Kemungkinan dan penyelesaian:

  1. Alat tidak dimasukkan dengan betul kedalam telinga. → Masukkan kembali dengan cara yang betul.
  2. Alat dimasukkan ke dalam telinga yang salah. → Masukkkan ke telinga yang betul. (Dot Merah untuk telinga kanan. Dot Biru untuk telinga kiri)
  3. Alat longgar dalam salur telinga. → Sapukan Vaseline atau pelincir ke acuan telinga. Jika tidak berhasil, sila hubungi Audiologis anda.
  4. Bunyi bocor melalui ‘vent’ atau sekitar acuan telinga. → Rendahkan volume control. Sekiranya alat bantu pendengaran dimasukkan dengan betul dan bunyi wisel berhenti, sila hubungi Audiologis anda supaya alat boleh dibetulkan.
  5. Telinga tersumbat disebabkan Tahi telinga keras (Impacted earwax) yang menyebabkan pesakit menggunakan  volume yang lebih tinggi dari kebiasaan supaya boleh mendengar dengan lebih jelas tetapi kebocoran bunyi berlaku lagi banyak dari kebiasaan. Dan bunyi memantul kembali dari tahi telinga yang menyebabkan kebocoran bunyi lagi.→  Sila ke klinik atau hospital untuk proses pembersihan salur telinga.

 

3. Alat Tidak Berfungsi

Kemungkinan dan penyelesaian:

  1. Tiada bateri. → Letak bateri.
  2. Pintu bateri (battery compartment) tidak ditutup rapat. → Tutup rapat pintu bateri.
  3. Bateri kotor. → Bersihkan bateri.
  4. Bateri habis kuasa. → Letak bateri baru.
  5. ‘Receiver’ tersumbat. → Bersihkan dengan berhati-hati atau hubungi Audiologis anda.
  6. ‘Earhook’ kerap terdedah kepada peluh. → Hubungi audiologis anda.

 

4. Acuan Tergelincir Keluar Dari Dalam Telinga

Kemungkinan dan penyelesaian:

Salur telinga basah atau kotor. → Lap alat dan dan salur telinga dengan kain lembut.

 

5. Acuan telinga menyakitkan dan susah untuk dimasukkan

Kemungkinan dan penyelesaian:

Alat tidak dimasukkan dengan betul. → Keluar, letak Vaseline di acuan telinga dan masukkan kembali. Jika tidak berhasil, hubungi Audiologis anda.

Call Now